Friday 15 March 2013

Definisi Pengurusan





Istilah pengurusan mempunyai berbagia-bagai takrif. Seperti bidang-bidang pengajian dan pendidikan yang melibatkan manusia, istilah pengurusan sukar untuk ditakrifkan bagi membolehkan ia diterima secara umum.
Mary Parker Follett, seorang pelopor pengurusan klasik mentakrifkan pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja melalui sumbangan orang lain.Takrif pengurusan yang diberi oleh Follett ini banyak didapati dalam buku pengurusan moden. Harold Koontz pula mentakrifkan pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja melalui dan bersama orang lain di dalam suatu kumpulan yang sengaja diadakan.Takrif pengurusan seperti ini memberitahu kepada kita bahawa pengurusan biasanya mencapai objektif dengan cara memberikan penugasan kerja kepada orang lain supaya kerja- kerja dapat dilaksanakan bagi mencapai objektif tersebut.
Pengurusan secara fitrahnya melibatkan perhubungan pengurus dengan pekerja bawahannya atau subordinat. Dalam hal ini, Stoner mentakrifkan pengurusan ialah satu proses perancangan, pengelolaan, pengarahan dan kawalan terhadap usaha- usaha ahli organisasi dan penggunaan sumber- sumber organisasi yang lain dalam usaha untuk mendapatkan matlamat yang telah ditetapkan.
Menurut perspektif Islam, pengurusan ditakrifkan sebagai satu proses melakukan kerja dan menyempurnakan kerja melalui fungsi- fungsi pengurusan secara fitrah melalui dan bersama orang lain dalam usaha mencapai objektif kerja secara berkesan dan menggunakan sumber- sumber organisasi dengan cekap dalam persekitaran yang dinamik dan sentiasa berubah- ubah bagi mencapai objektif organisasi demi mencapai al- falah di dunia dan di akhirat.Pengurusan juga boleh ditakrifkan sebagai satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama dan campurtangan ahli untuk mencapai objektif- objektif organisasi atau kumpulan, gerak kerjanya termasuk merancang mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal.

1 comment: